Langkah kawalan Influenza_A_(H1N1)_di_Malaysia

Kerajaan Malaysia telah mula menyimpan simpanan lebih 2 juta dos ubat antivirus selesema Tamiflu sebagai langkah berjaga-jaga

Pesakit yang mengalami masalah asma, kegagalan organ, wanita hamil, diabetes dan penyakit kronik paru-paru mudah dijangkiti selesema babi ini.Kes ringan atau tanpa komplikasi akan dirawat sebagai pesakit luar dan dibenar tinggal di rumah.Setakat ini belum ada vaksin bagi H1N1 dan ia hanya akan dihasilkan pada sekitar hujung 2009.[8]

21 hospital swasta telah diberi bekalan antiviral influenza untuk digunakan bagi merawat pesakit-pesakit influenza A (H1N1) atau yang disyaki.Rawatan antiviral influenza diberikan dengan dos diganda.Jadi hospital swasta tidak perlu merujuk pesakit kepada hospital kerajaan. [9]

Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata semua pelancong dikehendaki mengisi borang mandatori. Mereka yang engkar boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun atau didenda RM10,000 atau kedua-duanya sekali. Ia akan diwartakan di bawah Seksyen 15 Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit-Penyakit Berjangkit 1988.Borang pengisytiharan itu memerlukan orang ramai mencatatkan nombor tempat duduk dan nombor penerbangan bagi memudahkan mereka dikesan.Pemeriksaan suhu badan ke atas penumpang dari Amerika Syarikat (AS), Melbourne dan Manila kerana mempunyai penularan wabak influenza yang tinggi dan berisiko bagi Malaysia. Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan dimaklumkan kerana kini pada tahap 6 WHO.[10]

Orang ramai dilarang pergi ke tempat-tempat yang sesak dan ramai orang serta negara-negara yang berisiko tinggi dengan jangkitan H1N1.

Saringan dijalankan di di tiga pintu masuk darat utama di negara ini iaitu Rantau Panjang, Pengkalan Kubor dan Bukit Bunga.Jumlah disaring ialah 15,483 orang sehingga 22 Mei 2009.[11]

Rujukan

WikiPedia: Influenza_A_(H1N1)_di_Malaysia http://bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php...